Omelette Berinti Daging
Bahan-Bahan:
3 biji telur
3 sudu besar susu Full Cream
sedikit garam
keju parmesan/mozarella (optional)
minyak zaitun
Bahan untuk filling:
1/3 cawan daging kisar
1/2 biji kentang, diparut kasar
capsicum/lada benggala hijau, dihiris nipis
1/2 biji bawang, dihiris nipis
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non stick dan tumis bawang besar
sehingga layu. Masukkan daging kisar, lada hitam dan sedikit garam.
Kacau sehingga daging masak dan kering airnya.
Masukkan capsicum hijau dan parutan kentang, kacau selama 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
Dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu kecil minyak zaitun dan tuang
bancuhan telur tadi. Masak di atas api yang perlahan. Kacau dan
balik-balikkan di tengah bahagian telur yang cair supaya masak sekata.
Kemudian taburkan dengan bahan filling tadi di setengah bahagian telur
sahaja supaya proses melipat telur menjadi mudah. Taburkan juga dengan
cheese pilihan anda. Lipat telur dan masak setiap bahagian selama 1-2
minit. Angkat dan hidangkan.
Tips:
Cara untuk mengalihkan telur
supaya tidak terkoyak atau hancur ialah dengan menelangkupkan pinggan di
permukaan kuali. Terbalikkan telur di dalam pinggan, kemudian dengan
perlahan longsorkan kembali telur ke dalam kuali panas di sebelah
permukaan yang satu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Omelette Berinti Daging"
Post a Comment